Food Service




          Assalamualaikum dan selamat pagi 😊, saya Zubaidah student MSU college ,belajar di peringkat diploma seni kulinari . seronok tau belajar memasak ni ,walaupun korang tak reti masak bila ambil kos ni korang mesti seronok sebab bila dah tahu masak mesti rasa nak masak je 😍, lagipun ada manfaatnya bila pandai masak ni korang boleh buka perniagaan tau. Kalau kita tengok ekonomi sekarang ni perniagaan ni la sesuatu kerja yang boleh majukan hidup kita, sebab ape? sebab bidang perniaagan makanan ni takkan putus-putus dapat permintaan dari pengguna maksudnya kita lah yang sukakan makanan. Lagipun makan kan antara keperluan kehidupan kita,jadinnya permintaan makanan memang tinggi.

          Selain itu, belajar memasak ni tak semestinya korang boleh jadi tukang masak je tau , bahkan korang boleh jadi tukang rasa sesuatu makanan dan beri pendapat tentang rasa makanan tersebut contohnya macam korang tengok rancangan hero oven tak ? haa kan ada juri so korang boleh jadi jugak macam juri rasa makanan bukan korang duduk dapur je 😄. kalau kita tengok masyarakat sekarang suka makanan yang nampak menarik kan . tapi kalau menarik tak sedap pun tak best jugak hahaha... so kalau sesiapa  minat bidang ni boleh la ambil dekat MSU sebab msu bukan sekadar ajar korang masak je tapi korang akan belajar sampai korang boleh buka perniagaan maksudnya buka restoran .






          Selalunya kalau kita pergi mana-mana restoran mesti kita terima perkhidmatan makanan kan ?
perkhidmatan makanan ni maksudnya proses kita menjual produk dan makanan dan menyediakan perkhidmatan. jadinya bila kita pergi makan dekat sesebuah restoran tu kira kita terima perkhidmatan makanan . perkhidmatan makanan tu bukan delivery sahaja tapi korang order makanan lepastu dapat makanan kira perkhidmatan makanan la tu. Tapi tak semua tempat menerima perkhidmatan makanan dan jenis makanan yang sama , ada juga restoran yang sediakan makanan fast food je misalnya macam kfc,  mcdonalds ,dominos dan lain-lain . 

          Korang yang rajin makan dekat tempat-tempat menarik mesti dah rasa macam-macam jenis perkhidmatan kan? jadi nanti saya kongsikan pengalaman saya berada di tempat yang menawarkan perkhidmatan makanan. Antara tempatnya saya akan pergi ke RNR,fine dining restaurant, restoran , cafe hospital ,kantin sekolah dan warung viral.Nanti saya kongsikan pengalaman saya sebab saya belum pergi lagi ke tempat tu 😁.heeeeeee. 

          Korang mesti jarang kan rasa perkhidmatan makanan dekat hospital , ye la korangkan pergi tempat-tempat menarik je ahahaha...tapi gtakpe nanti saya sharekan pengalaman saya okay ☺ .Nah saya sajikan korang makanan yang sedap ni yang sesuai untuk dimakan di pagi hari ni :p. 





          Hai korang , saya nak sambung semula cerita saya tentang pengalaman saya berada di tempat yang menawarkan perkhidmatan makanan . Setakat ni saya sempat pergi ke fine dining , restoran ,dan warung viral . saya mulakan dengan fine dining dulu ye..

          
hadapan Secret Recipe 


          Restoran ini berkonsepkan fine dining , kiranya mahal juga la harga makanan dia . kek satu slice je RM8.8. kalau whole cake RM 88.kalau sesetengah kedai kek hanya menjual whole jarang ada yg jual slice tapi saya suka cara secret recipe whole cake dia mahal tapi dia jugak menyediakan jualan slice cake . okay la untuk dorg yang kurang mampu boleh beli slice je kan dapat la merasa :p. 

          Selain menjual kek , secret recipe pun ada menyediakan makanan breakfast, dinner dan lain-lain lagi. Kiranya kalau korang nak makanan breakfast waktu malam pun  boleh sebab dorang tak ikut waktu. Lagipun secret recipe makanan yang disediakan pun bukan masa tu jugak dia masak dia dari premis lain dan dihantar dekat situ so, kalau customer order dorang just reheat balik je kecuali kek la dorang takde la reheat cair kek tu hahaha. Kek dorang simpan dalam chiller dan ade sebahagian dia buat untuk pameran untuk dijual ade yang disimpan sahaja dalam chiller 

           
antara kek secret recipe yang dijual



          Boleh dikatakan semua kek secret recipe ni sedap tau , beli la yang jenis coklat ke cheese ke mesti sedap . Tapi yang saya selalu perhatikan masyarakat kita setiap kali sambut birthday mesti kek chocolate indulgent , saya pernah rasa dan rasanya memang sedap tak kata la kenapa ramai memilih secret recipe. Secret recipe ade menyediakan perkhidmatan delivery tapi hanya untuk whole cake , kalau slice buat delivery rugi la secret recipe 😆.

          Tapi antara secret recipe yang saya suka kek cheese new york , sedap sangat cheese dia mmg tak muak. Kadang-kadang saya pergi branch dia susah nak cari cheese new york ni , hari tu saya pergi pun takde so saya terpaksa la amek flavour marble cheese janji ade cheese sbb tekak mmg dh tringin sangat nak cheese. Lagi satu kek secret recipe ni kalau korang perasan kalau simpan dalam freezer dia x keras macam kek lain dia still lg lembut tak keras sangat itu yang saya suka tu kalau kek keras-keras dah tak sedap dah nak makan. huuhu,..


ni la kek marble cheese!


          hari tu saya pergi dengan kawan-kawan saya so dapatlah rasa dorang punya sikit lain-lain jenis. boleh tahan sedap jugak flavour yang lain antaranya red velvet lah saya rasa. Secret Recipe ni kalau saya datang saya lagi suka makan kek dia daripada makanan yang mereka sediakan. 


 waiter secret recipe

          Pekerja dorang semua pakai seragam cume berlainan warna mungkin ikut pangkat . kiranya nampak la perbezaan kedai secret recipe ni dengan kedai mamak kan :p.So korang yang tak pernah pergi secret recipe pergi la try mesti korang ketagih dengan kek dia nnti bila dah pergi . memang agak mahal tapi makan je la slice mana mampu :). 

          Seterusnya saya nak cerita pengalaman saya makan di restoran, restoran yang saya pilih nama dia Nasi Lemak Cinta Sayang. Kedai ni banyak cawangan. dekat Shah Alam saje dah berapa cawangan dia . restoran ni makanan dia bukan nasi lemak je tau tengahari dorang ade nasi campur dan malam ada goreng2, jangan korang pergi restoran ni makan nasi lemak je. Harga dia pun standard biasa je tak mahal sangat .Hari tu saya pergi makan nasi campur lauk ayam masak merah , dalam RM6 gitu mmg harga mana2 pun itu mmg standard la.

          Restoran nasi lemak cinta sayang ni jugak ada sediakan breakfast dan harga yang berbaloi, makanan dia pun boleh tahan sedap. Kalau waktu lunch kalau makanan layan diri la tapi kalau air dorg ambil order. Dorang jugak ade sediakan satu kad kalau order air ramai2 dia kira dlm satu kad so kalau korang makan dengan kawan-kawan korang bila dia dh kira sekali dalam satu kad tu tak bolehla bayar asing2 kene bayar skali, jadi kalau nak bayar asing korg kene pergi dekat kaunter dia kata nak bayar asing nanti dia kira lepastu dia akan bagi kad kiranya kad tu untuk bayaran makanan korang je la tak termasuk kawan-kawan korang kalau makan ramai2.

          Tambahan lagi restoran ni makanan dia masak dekat premis tu kalau macam secret recipe dia masak dari premis lain lpstu dihantar dekat situ dn reheat untuk permintaan customer.Tapi restoran ni tak dia memang masak dan disediakan di premis yang sama .Saya lagi suka kalau dia masak di premis mereka sendiri mungkin rasanya lagi sedap dari reheat balik kan..hehe.Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang yang saya pergi ni lokasinya di seksyen 13 Shah Alam dekat dengan kolej saya. restoran ni jugak terdapat dekat seksyen 7 Shah Alam jugak. 



 hadapan Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang

          Setakat ni saya tak tak rasa lagi nasi lemak dia orang kata sedap takpe nanti saya try. Kalau dh byk branch ni slalunya sedap. makanan nasi campur dia pun sedap apetah lagi nasi lemak kannn..


saya tengah pilih makanan hehe 😆

          Saya memang jenis suka lauk kampung so tempat ni memang saya suka la , kalau tgok makanan tersusun macam tu memang lama sikit nak buat pilihan sebab banyak lauk dorang sediakan memang makanan yang dorang sediakan boleh diterima tekak masyarakat kita. Cuma tak semua la lauk yang ada disediakan mana yang ada takpun mugkin dorang ikut jadual dorang ada lauk untuk hari yang ditetapkan ke ..


saya tengah makan nasi campur :p

          Saya ambil lauk ayam masak merah dengan telur masin memang favourite dua2 tu, kalau ade udang sambal petai lagi sedap. Korang try la makan dekat sini mana tahu korang yang bekerja lunch hour tu makan la dekat sini memang sedap..👍

          Seterusnya , saya akan ceritakan pengalaman saya makan di warung viral.Kedai ni saya dapat dari story instagram Elfira Loy yang artis tu, memang ramai artis makan dekat situ termasuk la Mat Dan pun pernah makan dekat situ. Nama kedai tu Asap Steamboat & Grill terletak di puchong , kalau turun dekat lrt putra height berapa minit je dari situ. Kalau korang nak lebih detail korang search google nama dia dekat situ nnti keluar la alamat dia dgn no dia so korang boleh contact dorang kalau apa-apa soalan .

   

hadapan Asap Steamboat & Grill

          Cantikkan kedai dia ...ahaha btw memang worth it dengan apa yang saya bayar sebab kuah tomyam dia memang the best , lagipun ni kedai ni kan kedai steamboat so bahan yang dorang marinate pun memang sedap ,sesetengah kedai steamboat kuah sedap dah tapi bahan marinate dia kurang . Tapi kedai ni memang the best la patutla ramai artis datang makan dekat sini tempat pun cantik lagu yang dorang mainkan pun memang relaks jee. 

          Kalau biasa stemaboat dorang kira harga ikut satu kepala, kalau steamboat yang saya pergi ni satu kepala dorang kira RM39 , lagi pun dia buat buffet so korang bayar je lepastu ambil la makan apa yang korang nak tapi , dorang jugak ada dikenekan denda kalau pembaziran lebih dari 100 gram dorang akan cas la RM20. So korang kalau nak makan steamboat buffet macam ni saya sarankan ambil sedikit dahulu tak cukup baru tambah nak elak dari pembaziran lagipun korang jgn risau makanan tak lari mana hahaha :p.

          Kalau saya pergi hari tu saya buat tempahan sebab tempat macam ni kalau boleh buat tempahan la nak elak dari tak dapat tempat duduk kan dah la tempat ni viral , korang boleh buat tempahan nanti dia akan tanya untuk berapa orang dan korang pilih slot korang makan tu dari pukul berapa sampai berapa sebab kalau tak buat macam tu nanti pelanggan lain nak jugak makan kan. Lagi satu kalau korang nak pilih tempat yg mana korang nak tempah pun boleh ,korang tanya je ,servis dia memang terbaik la , sebab jarang steamboat bagi pilihan dekat kita untuk tempat duduk ni . 

          Makanan bahan mentah dorang sediakan memang best ada ayam ,daging,kambing, udang ,lala, kerang , kepah,mentarang, sotong ,fish cake ,aiskrim,abc ,jagung cawan buah-buahan, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi. Saya suka dorang sediakan mcm2 jenis falvour aiskrim dan dorang jugak sediakan sprinkle mcm marshmello , biskut dan sbgnya.Memang best sangat makan dekat sini.

         

 antara bahan mentah yang saya ambil


          Gambar dekat atas tu antara makanan yang saya ambil la , kalau untuk kuah dia ada pilihan korang nak sup biasa atau tomyam so saya pilih tomyam dan memang sedap tak salah la saya pilih. Saya ambil sedikit dulu takut tak habis kan lagi pun nak elakkan pembaziran. ohh ye lupa air dorang sediakan dalam satu bekas dan pelanggan boleh ambil sesuka hati je bila habis ,btw kalau sup tomyam korang habis ataupun minyak untuk grill habis pun korang boleh tambah sbb buffet kan so minta je ape korang nak dorang akan bagi dah bayar kan heheh... 

          Pinggan mangkuk semua dorang sediakan dekat tepi dan guest boleh ambil je ,staff dorang hanya menyediakan sup tomyam dan minyak sahaja. Saya ambil slot pukul 7-9 so makan pun tenang je , lagi pun kedai ni dorang buka pukul 6 ptg sampai 1 pagi so kira slot tu kira elok la kalau korang nak pilih ta ramai lagi dan makan pun rileks je. Tambahan lagi dalam kawasan dorang sediakan surau so senang la tak payah korang susah2 nak cari tempat solat lagi senang memang best la tempat ni. Memudahkan korang nak solat ke nak pergi toilet pun ada , haaa senang kan ? 



tempat grill yang disediakan 




steamboat yang sedang di grill

          
          Nampak sedap kan so korang kene try ,saya pergi sekali memang tak puas series rasa nak pergi lagi sebab servis dorang memang top makanan pun tak bersepah kebersihan semua jaga .Ikutkan dorang ade persembahan dari buskers tapi disebabkan hujan masa saya pergi hari tu takde la . So ape lagi pergi serbu kedai tu :')


saya sedang makan ais krim dari asap steamboat



heheh 


          Okay itu sahaja saya nak cerita tentang pengalaman saya di warung viral ni. Seterusnya saya akan cerita pengalaman saya di hospital kerajaan dan swasta .Beza tau perkhidmatan makanan dekat hospital kerajaan dengan swasta sebab makanan yang disediakan pun berbeza. Biasanya hospital swasta ni untunk mereka yang golongan berada jadi makanan yang disediakan pun memang high class tapi dorang menyediakan makanan berkhasiat di dalam bahan tersebut. 



          gambar di hadapan hospital swasta 

          Hospital ni dinamakan Hospital Columbia Asia di klang , hospital ni baru lagi, dan ini hospital swasta siapa yang ingin dilayan seperti raja boleh la masuk hospital ni hahha.. okay hospital ni saya pergi hari tu cafe dia cantik beza jugak la dengan cafe hospital kerajaan , makanan yang disediakan pun memang sedap2 tapi berkhasiat. 



makanan nasi campur 




makanan ringan 


          Gambar dekat atas tu antara makanan yang disediakan di hospital columbia ni , memang makanan dia sedap2 tapi berkhasiat nak dibandingkan dengan hospital kerajaan makanan yang dorang sediakan lain khasiatnya. Lagipun saya pergi ni ape yang saya nampak hospital swasta lebih teratur daripada kerajaan nampak tidak kemas sedikit, dan hospital kerajaan tidak banyak menyediakan makanan berbanding swasta yang banyak dan berkhasiat.

          Saya lihat di hospital swasta ramainya pelawat dan doktor2 yang makan di cafe situ ,tapi hospital kerajaan cafe nya lebih ramaia staff mereka , majoriti pelawat2 yang datang memilih untuk makan di luar .Lagipun korang sendiri boleh nilaikan macam mana perkhidmatan makanan yang disediakan di hospital kerajaan dan swasta ni memang berbeza, di mana kalau hospital swasta pesakitnya disediakan menu untuk order makanan yang mereka nak , walaupun makanannya mewah tapi ianya berkhasiat .Kalau kerajaan pesakit hanya tunggu makanan sampai la mengikut waktu ditetapkan tiada menu disediakan , memang pihak hospital akan tentukan .


          
hospital kerajaan cafe





produk yang dijual 


          Seterusnya saya akan cerita pula pengalaman saya di kantin sekolah , nama sekolah yang saya pergi hari tu SMK Seri Selayang, Sekolah ni sekolah kawan saya , dia dulu sekolah dekat situ. So rasanya semua sekolah kerajaan ni sama je perkhidmatan dia dan saya dulu sekolah berasrama penuh memang beza la dengan perkhidmtan makanann yang disediakan untuk sekolah yang ulang-alik.

          Sekolah yang saya pergi ni macam-macam makanan dorang sediakan , itu satu tarikan kepada pelajar supaya mengisi perut untuk fokus dalam kelas mereka.Saya lihat macam2 menu mereka dan harga yang dorang tawarkan pun memang harga pelajar tapi kalau untuk orang luar dorang cas harga lain termasuk guru.
kalau untuk sarapan pagi dorang akan sediakan nasi lemak , nugget ,sosej, nasi goreng dan macam-macam lagi yang sesuai untuk sarapan pagi .Tengahari pula pelajar sesi pagi akan pulang dan sesi petang akan hadir , selalunya pelajar sesi petang ni dorang dah siap-siap makan dekat rumah , jadinya pihak kantin tidak menyediakan makanan yang berat , so belah petang dorang akan menyediakan makanan seperti kuih muih dan air manis . 

          Dekat kantin ni pelajar kene layan diri la kene beratur takde order diambil hahha... jadinya pelajar akan beratur untuk beli makanan, dengan cara macam tu akan buat dorang jadi disiplin sikit. Masa saya zaman skolah dulu pun memang kene beratur semua sekolah macam tu . Dan kebersihan kantin dia pun gred A.



kantin SMK Seri Selayang 




Makcik Kantin SMK Seri Selayang




makanan untuk sesi petang




Makanan sesi pagi hingga petang




buah buahan yang djiual waktu petang



 menu untuk pelajar 


          Destinasi saya yang terakhir iaitu RNR , tempat untuk rehat sebentar bagi mereka yang menuju ke tempat yang jauh. Mana-mana tempat mesti akan ade RNR sebab mereka yang penat pasti akan berhenti di mana-mana RNR untuk relaks sekejap setelah melalui perjalanan yang jauh. Dulu masa saya bersekolah di perak saya selalu singgah dalam 2 hingga 3 RNR sebab ibu saya nak rest . RNR yang saya selalu berhenti RNR Tapah sebab tempat ni banyak makanan dan ade buah-buahan lagi , ianya menarik ramai pelanggan disebabkan banyak makanan. 

          Kalau nak dibandingkan sepanjang perjalanan saya ke Perak ,RNR yang saya suka adalah RNR Tapah. Tempat rehat ini besar jugak dan disediakan surau dan bilik air untuk mereka yang berhenti di rnr tu. Antara makanan yang dijual ade fast food ,makanan untuk lunch, minuman , buah-buahan,makanan ringan dan macam2 lagi. Sebab tu kalau saya berhenti sahaja di rnr tu memang tak putus2 orang yang datang, dan banyak kemudahan di situ. 

          RNR memang konsepnya terdapat beberapa premis di situ yang menjual pelbagai makanan, ade yang jual nasi berlauk,makanan ringan dan air, dan sebagainya.Perkhidmatannya layan diri ,so korang pergi sendiri premis mana yang korang berkenan dan order , dorang tak ambil order macam kedai makan. Tempat dorang pun bersih , kalau datang je situ korang nampak cleaner ramai. Tak semua premis jual bende yang sama . satu premis tu jual jajan ,air roti dan macam-macam lagi. Dan premis yang lain ada sediakan makanan bergoreng , ada juga nasi campur, kiranya dorang tak jual la bende sama lain2

          Dekat rnr ni  jugak ade kedai fast food tau, ade secret recipe, dunkin donuts,kfc dan lain-lain. memang complete la rnr ni. sebabtu saya suka berhenti di rnr Tapah, bukan saya je masyarakat lain jugak. Lagipun rnr ni memang selesa semua kelengkapan ade dengan suraunya memang complete.kalau nak dibandingkan dengan rnr lain , dorang tak banyak dirikan premis hanya beberapa sahaja dan makanan yang dorang sediakan makanan ringan sahaja. Antara makanan yang sedap dekat RNR ni saya pernah rasa Mee kari , memang sedap korang kene try.




gambar depan RNR Tapah 



suasana RNR Tapah



antara premis di RNR Tapah 




dunkin donuts.


          Tambahan lagi , rnr Tapah ni ada menyediakan kerusi urut yang dipanggil rest n go , banyak terdapat kerusi tu so sape2 yang berhenti dekat rnr ni boleh la duduk dekat kerusi urut kemudian baru boleh sambung perjalanan korang , skurangnya kurang sikit penat tu takde la penat sangat.Jadi korang kalau nampak signboard RNR Tapah singgah la try makan dekat situ , try makan mee kari dia sedap. hehe

          Kesimpulannya , saya dapat rasa pelbagai makanan dari peringkat2 restoran yang saya pergi dan pengalaman yang menarik. Tak rugi saya pergi sebab saya makan dan rasa perkhidmatan makanan yang disediakan oleh mereka. Saya jugak dapat menambah ilmu saya tentang dunia  makanan ni. Lagipun setiap restoran dan tempat yang saya pergi perkhidmatannya berbeza-beza,yang samanya mereka menyediakan makanan tetapi servis yang mereka tawarkan dan jenis makanan yang dihidangkan pun berbeza. 

          Antara restoran yang saya pergi saya sukakan warung viral sebab saya suka servis dan makanan yang ditawarkan .Kalau makanan di hospital mereka mengamalkan khasiatnya. Walaubagaimanapun semua tempat ini saya sangat berpuas hati kerana servis mereka semuanya bagus2 dan mesra pelanggan. Itu sahaja daripada saya  . Terima kasih kepada korang yang sudi baca dan singgah blog ni. hehehe :).

Sekian Terima Kasih..


        

          
          


          
















          



          

Comments

Post a Comment